Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Barat Daya
Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG
Balik Pulau 2013 telah diadakan pada 21 Mac 2013 bertempat di PPD Barat Daya.
Seramai 23 orang Pengetua dan Guru Besar kawasan Balik Pulau telah menghadiri
mesyuarat ini yang dirasmikan oleh PPD Barat Daya sendiri, Tn Hj Izmi Bin
Ismail.
Mesyuarat ini diadakan bagi memberi penerangan tentang
perkembangan semasa aktiviti PKG Balik Pulau serta bagi mendapatkan maklum
balas sekolah-sekolah tentang masalah yang berkaitan dengan bidang tugas PKG
Balik Pulau.
Mesyuarat ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam
5.00 petang.