:: MESYUARAT PENYELARASAN GPB/GICT PKG BALIK PULAU BILANGAN 1/2013
Tarikh : 30 April 2013
Tempat : PKG Balik Pulau
Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT PKG Balik Pulau Bil 1/2013 telah diadakan pada 30 April 2013 bertempat di PKG Balik Pulau. Seramai 23 orang Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT kawasan Balik Pulau telah menghadiri mesyuarat ini.
Mesyuarat ini diadakan bagi memberi penerangan tentang perkembangan semasa aktiviti PKG Balik Pulau serta bagi mendapatkan maklum balas sekolah-sekolah tentang masalah yang berkaitan dengan bidang tugas PKG Balik Pulau.