Tarikh : 23-26 September 2013
Tempat : SK Kongsi
Bengkel
Perluasan VLE 1Bestarinet kawasan PKG Balik Pulau untuk
guru telah diadakan pada 23 hingga 26 September 2013 bertempat di Makmal
Komputer SK Kongsi, Balik Pulau bertujuan memberi pendedahan kepada GPB/Guru
ICT dan Guru mahir ICT tentang sistem ini yang telah digunakan di seluruh
Malaysia bagi menyelaraskan sistem pembelajaran maya yang sedang dan akan
digunakan secara menyeluruh tidak lama lagi. Bengkel ini dijalankan secara
kerjasama antara JPN, BTPN, PPD dan PKG. Pada 23-24 September 2013, sebanyak 10
buah sekolah telah menghantar wakil 2 orang bagi setiap sekolah manakala pada 25-26 September
2013, sebanyak 9 buah sekolah telah menghantar wakil 2 orang bagi setiap
sekolah. Diharap pihak sekolah menjalankan latihan dalaman peringkat
sekolah masing-masing bagi menyelaraskan bidang tugas guru-guru agar sistem ini
dapat digunakan secara menyeluruh pada masa depan.
Pendaftaran kehadiran Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT.
GPB/GICT menerima Dongle Yes untuk kegunaan sekolah masing-masing mengikut jumlah yang telah ditetapkan.
GPB/GICT yang menerima Dongle Yes untuk kegunaan sekolah masing-masing menandatangani Salinan Akuan Penerimaan (SAP).
Guru-guru yang hadir pada bengkel tersebut.
En. Azizi, pegawai PPD Barat Daya, memberi penerangan tindakan yang perlu dilakukan selepas menghadiri bengkel tersebut.