:: MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PKG BALIK PULAU KALI PERTAMA TAHUN 2010

 Tarikh : 23 Mac 2010

Pusat Kegiatan Guru Balik Pulau telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PKG Kali 1/2010 pada 23 Mac yang lalu. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar sekolah di kawasan Balik Pulau. Encik Mohamad Zabidi B. Abd. Rahman, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya hadir sama bagi memberi taklimat dan merasmikan mesyuarat berkenaan. Mesyuarat tersebut juga telah dihadiri oleh Puan Hindon Bt. Ahmad, Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Puan Jura Bt. Ahmad, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan dan Encik Adnan B. Ghazali, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan ICT bagi memberi taklimat berkenaan dengan Pusat Sumber Sekolah dan ICT.