:: MESYUARAT BENGKEL I-NILAM ONLINE SEKOLAH-SEKOLAH PKG BALIK PULAU

 Tarikh : 12-13 Julai 2010

PKG Balik Pulau telah mengadakan Mesyuarat/Bengkel i-Nilam kepada guru-guru Nilam dan guru-guru GPM sekolah-sekolah kawasan PKG Balik Pulau pada 12 dan 13 Julai 2010 di PKG Balik Pulau. Seramai 22 orang guru Nilam dan 22 orang guru GPM telah menghadiri bengkel tersebut. PKG Balik Pulau amat berterima Kasih kepada En. Ahmad Fauzi Bin Komari PTP1 PKG Penaga yang telah sudi melapangkan masa untuk memberi pendedahan awal konsep dan pengisian data i-Nilam secara online . Sistem yang dibangunkan oleh BTP ini digunakan secara menyeluruh di semua sekolah seluruh Malaysia.