:: BENGKEL INISIATIF ICT DAN PERLAKSANAAN PENYELENGGARAAN ALATAN ICT SEKOLAH

 Tarikh : 3 Ogos 2010
Tempat : SMK Seri Balik Pulau

Bengkel Inisiatif ICT dan Perlaksanaan Penyelenggaraan ICT untuk tahun 2010 bagi sekolah-sekolah daerah barat daya telah diadakan pada 3hb. Ogos 2010 bertempat di dewan SMK Seri Balik Pulau. Bengkel ini telah dihadiri oleh semua pengetua,guru besar, guru ICT serta juruteknik sekolah kawasan barat daya.Sebanyak 53 buah sekolah terletak dalam kawasan barat daya,Pulau Pinang. Bengkel ini telah dianjurkan oleh BTPNPP ,PKG Balik Pulau & PKG Bayan Lepas. Seramai 113 orang telah hadir. Bengkel telah dirasmikan oleh En. Hamid B. Rashid, ketua unit peperiksaan di PPD, mewakili PPD Barat Daya.